Sunday, June 20, 2010

happy father's day

tanggal 20 June 2010

Hari ini merupakan hari bapa sedunia dan ucapan ditujukan khas buat bapa yang tercinta. Pasti semua orang mempunyai bapa, tak kira panggil ayah, daddy, papa, abi, walid, abah, appa dan berbagai2 panggilan yang sesuai untuk orang yang banyak berkorban demi keluarga tercinta. Al-Fatihah pada yang sudah kehilangan tunggak atau hero dalam keluarga. Alhamdulillah, I masih mempunyai bapa walaupun sudah 25 tahun dan insyAllah sentiasa mendoakan semoga beliau panjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Amin :)

Kepada bapa, jutaan terima kasih kerana banyak berkorban jiwa dan raga demi kebahagian keluarga dan juga masa depan anak2. Semoga setiap pengorbanan bapa yang tiada penghujungnya akan terbalas, InsyAllah. Mie sentiasa kenang pengorbanan yang tak mampu Mie balas dengan wang ringgit malah AUD sekalipun. Semoga dengan apa yang Mie lakukan ini, mampu memberikan kepuasan kepada bapa.


Kepada semua, hargailah manusia yang bergelar BAPA (or whatever you guys called) kerana tanpa dia siapalah diri kita. Hormatilah beliau kerana pengorbanan yang dilakukan kepada kamu tiada tolok bandingannya. InsyAllah, kamu semua akan merasai pengalaman itu baik sebagai ayah ataupun ibu.






ini adalah bapa saya! saya sayang bapa saya :)


 mimie jamaludin (^_^)

0 Comments:

Post a Comment