Friday, October 29, 2010

.tips selim melim.

nak rest kejap sebelom sambung setadi! 
well, sekarang ni sebok orang nak kurus2 badan kan..? 
termasuklah yang sedang menaip ni. Banyak dah cara nak maintain selim melim tapi buat masa ni tak tau la nak cakap macamane lagi. 


Takpe2, I ada lebih kurang sebulan lebih lagi sebelom konvokesyen.
Kalau tak mampu jugak nak muatkan kebaya tu, 
alamat KENE la kuarkan wang dan membeli belah. huhu.
google punye google...taip punye taip..
terjumpa link nak kuruskan badan....
malas la nak type or copy paste kat entri I ni sebab panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat. 
So, senang citer, kite post link die kat sini
 klik jangan tak klik.


ade satu lagi petua yang takde dalam list kuruskan badan ni..
'kalau nak NAMPAK kurus, jangan bergambar dengan yang KURUS jugak'..
make sense kan..??hehe..macam gambar yang kat bawah ni...



mimie jamaludin (^_^)


Sunday, October 24, 2010

.she's 24 on 24 ten 2010.



She's the youngest sister in my family and she turns 24 today. yay!
Happy birthday dear sister. 
Hope you have a blast and wonderful day today. 
May Allah Taala shower you with His blessings now and hereafter.  
Just wanna let you know that
I LOVE YOU SO MUCH


mimie jamaludin (^_^)

Friday, October 22, 2010

.Finally FINAL.





Final exam is just around the corner. 
Stress? a bit.
I just can't wait for everything to be O.V.E.R. 
Because of that, I deactivated my FB account. 
Sorry guys
I need some space to study and I think we just wasting our priceless time clicking and clicking on FB.

How am I gonna do? 
Final exam not even started and uni had sent us the graduation letter, stated that we are going to graduate on 15th Dec 2010. 
Oh my God! can you feel the stress??
well, we can't change it. everything must be done. 
exam - result - graduation 
and going back FOR GOOD.

 I really need your support and do'a right now.






mimie jamaludin (^_^)

Tuesday, October 19, 2010

.pelihara dirimu.

Wahai muslim n muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu..
bila kamu terfikir utk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...

agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...

agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....(Y_Y)




mimie jamaludin (^_^)

Monday, October 18, 2010

-ticketticketticket-

Yay! ticket already booked. Thanks MOHE. 
Well, ticket booked but exam havent started yet. Kinda scary but hopefully everything goes well. 
Pray for me (-_-)








mimie jamaludin (^_^)

Saturday, October 16, 2010

.No Title.

Kali ni entry tade tajuk. Cuma sekadar nak memenuhkan entri kat blog I ni dan at the same time, berkongsi link yang sedikit sebanyak boleh membantu kite. 

Banyak bende yang terjadi di saat mencari jati diri.
'Allah Taala sayangkan kite dan Dia uji dengan cabaran dan dugaan'..itu pesan mak setiap kali I luahkan ape yang terpendam di hati. Mungkin ini yang Allah Taala nak lihat, sejauh mana keteguhan iman dan tahap kesabaran kite.

Ape yang I TAK PERLU TAHU pasal seseorang yang dianggap sangat dihormati dikalangan orang ramai, sudah pun diketahui. Terkejut! tak sangka ape yang dia buat selama ini sebab penampilan or imej yang dibawa tak selari dengan ape yang dilakukan.
Ya Allah, moga Kau ampunkan dia.


Nak share sesuatu yang I jumpe kat link ini. Sama2 lah kite baca dan fahami supaya menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. InsyAllah.




mimie jamaludin (^_^)

Sunday, October 10, 2010

.harapan terakhir.

dah masuk minggu ke 2 dan berat badan masih tak berubah. haishhh!
macamano ni? 
ok, perkara begini tak boleh diambil ringan. Kene tindakan susulan yang berat. 
Baeklah, demi mencapai berat badan yang ideal, I dah buat keputusan yang sangat drastik untuk amik supplement ni. Hopefully everything goes well.
..

..

..


..

..


taaadaaaa !
 






mimie jamaludin (^_^)

Jom sama2 ISTIGHFAR

Manusia adalah makhluk yang lemah, adakalanya ia sering berbuat khilaf dan dosa tanpa disedari , namun sebaik2nya orang yang berbuat dosa adalah yang selalu memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan.
  • Istighfar merupakan salah satu jalan untuk memohon keampunanNya.

  • Istighfar mempunyai kedudukan yang tinggi dalam diri seorang hamba.
     Al-Kahf 55 :
    "Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan dari memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlalu pada) umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata".

  • Istighfar dalam pengertian bahasa adalah memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Hal ini dapat dilakukan baik dengan perkataan maupun perbuatan:
    "Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" At-taghabun 14.
Antara faedah istigfar ialah :

1. MENGGEMBIRAKAN ALLAH
 
Rasulullah bersabda, "Sungguh, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kamu yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir." (HR.Bukhari dan Muslim).

2. DICINTAI ALLAH
 
Allah berfirman, "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri." (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, "Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa." (HR.Ibnu Majah).

3. DOSA-DOSANYA DIAMPUNI
 
Rasulullah bersabda, "Allah telah berkata,'Wahai hamba-hamba-Ku, kamu pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kamu kepada-Ku, niscaya kamu Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya)." (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi).
Imam Qatadah berkata, "Al-Qur'an telah menunjukkan penyakit dan ubat kamu. Adapun penyakit kamu adalah dosa, dan ubat kamu adalah istighfar." (Kitab Ihya'Ulumiddin: 1/410).

4. MENDAPAT BALASAN SYURGA
 
"Dan (juga) orang-orang yang apabila membuat perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang didalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal." (QS.Ali'Imran: 135-136).

5. TIDAK DI AZAB
 
Allah berfirman,"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun."(QS.al-Anfal: 33).

6. MELAPANGKAN KESEMPITAN
 
Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka," (HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

7. MEMBERSIHKAN HATI
 
Rasulullah bersabda, "Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya." (HR.Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).

8. MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH
 
Abu Hurairah berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah bersabda,'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali'." (HR.Bukhari).

9. BERTAMBAH KEKUATANNYA
 
Allah berfirman, "Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat keatasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepadamu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." (QS.Hud: 52).

10. BERTAMBAH KESEJAHTERAANNYA
 
Allah berfirman,"Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS.Nuh: 10-12).

11. MENJADI ORANG YANG BERUNTUNG
 
Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata, "Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka." (HR.Bukhari).

12. KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN
 
Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS.al-Furqan: 70).
"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." (QS.Hud: 114).




mimie jamaludin (^_^)

Saturday, October 9, 2010

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir


Bagaimana kita nak membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri kita secara perlahan-lahan?
Berikut adalah 8 tips mudah yang ingin kami kongsikan bersama.
  1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
  2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
  3. Berakhlak baik
  4. Menimba ilmu tanpa henti
  5. Bekerja keras cara bijak
  6. Bersederhana dalam hidup
  7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
  8. Memaafkan orang lain

notakaki: dipetik dari IluvIslam.com. "sharing is caring".


mimie jamaludin (^_^)










;;