Tuesday, December 28, 2010

*malas*

I sangat malas !

untuk pengetahuan semua..I dah sampai Malaysia since 2 weeks ago and I feel so freaking lazy to update my blog. Sangat malas kan..!

Well, Im still putting 100% of my effort to edit gambar and upload kat FB then need to work out on my things before posting..ouch! so many works to do.

Will be back!


mimie jamaludin (^_^)

Thursday, November 25, 2010

.one more day left.

ohkay! saje nak bagitau yang esok adalah D-Day. 
Bak kate cik Wan...D-Day tu adalah hari penentu...yo lah! 
hari penentu kami semua ni...
result Utas release esok ye -__-!


"Ya Allah, permudahkan urusan kami dan berikanlah kejayaan kepada kami. Amin"





mimie jamaludin (^_^)

Thursday, November 4, 2010

.currently.



 I AM HEART BROKEN

mimie jamaludin (^_^)

Friday, October 29, 2010

.tips selim melim.

nak rest kejap sebelom sambung setadi! 
well, sekarang ni sebok orang nak kurus2 badan kan..? 
termasuklah yang sedang menaip ni. Banyak dah cara nak maintain selim melim tapi buat masa ni tak tau la nak cakap macamane lagi. 


Takpe2, I ada lebih kurang sebulan lebih lagi sebelom konvokesyen.
Kalau tak mampu jugak nak muatkan kebaya tu, 
alamat KENE la kuarkan wang dan membeli belah. huhu.
google punye google...taip punye taip..
terjumpa link nak kuruskan badan....
malas la nak type or copy paste kat entri I ni sebab panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat. 
So, senang citer, kite post link die kat sini
 klik jangan tak klik.


ade satu lagi petua yang takde dalam list kuruskan badan ni..
'kalau nak NAMPAK kurus, jangan bergambar dengan yang KURUS jugak'..
make sense kan..??hehe..macam gambar yang kat bawah ni...



mimie jamaludin (^_^)


Sunday, October 24, 2010

.she's 24 on 24 ten 2010.



She's the youngest sister in my family and she turns 24 today. yay!
Happy birthday dear sister. 
Hope you have a blast and wonderful day today. 
May Allah Taala shower you with His blessings now and hereafter.  
Just wanna let you know that
I LOVE YOU SO MUCH


mimie jamaludin (^_^)

Friday, October 22, 2010

.Finally FINAL.





Final exam is just around the corner. 
Stress? a bit.
I just can't wait for everything to be O.V.E.R. 
Because of that, I deactivated my FB account. 
Sorry guys
I need some space to study and I think we just wasting our priceless time clicking and clicking on FB.

How am I gonna do? 
Final exam not even started and uni had sent us the graduation letter, stated that we are going to graduate on 15th Dec 2010. 
Oh my God! can you feel the stress??
well, we can't change it. everything must be done. 
exam - result - graduation 
and going back FOR GOOD.

 I really need your support and do'a right now.






mimie jamaludin (^_^)

Tuesday, October 19, 2010

.pelihara dirimu.

Wahai muslim n muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu..
bila kamu terfikir utk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...

agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...

agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....(Y_Y)




mimie jamaludin (^_^)

Monday, October 18, 2010

-ticketticketticket-

Yay! ticket already booked. Thanks MOHE. 
Well, ticket booked but exam havent started yet. Kinda scary but hopefully everything goes well. 
Pray for me (-_-)








mimie jamaludin (^_^)

Saturday, October 16, 2010

.No Title.

Kali ni entry tade tajuk. Cuma sekadar nak memenuhkan entri kat blog I ni dan at the same time, berkongsi link yang sedikit sebanyak boleh membantu kite. 

Banyak bende yang terjadi di saat mencari jati diri.
'Allah Taala sayangkan kite dan Dia uji dengan cabaran dan dugaan'..itu pesan mak setiap kali I luahkan ape yang terpendam di hati. Mungkin ini yang Allah Taala nak lihat, sejauh mana keteguhan iman dan tahap kesabaran kite.

Ape yang I TAK PERLU TAHU pasal seseorang yang dianggap sangat dihormati dikalangan orang ramai, sudah pun diketahui. Terkejut! tak sangka ape yang dia buat selama ini sebab penampilan or imej yang dibawa tak selari dengan ape yang dilakukan.
Ya Allah, moga Kau ampunkan dia.


Nak share sesuatu yang I jumpe kat link ini. Sama2 lah kite baca dan fahami supaya menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. InsyAllah.




mimie jamaludin (^_^)

Sunday, October 10, 2010

.harapan terakhir.

dah masuk minggu ke 2 dan berat badan masih tak berubah. haishhh!
macamano ni? 
ok, perkara begini tak boleh diambil ringan. Kene tindakan susulan yang berat. 
Baeklah, demi mencapai berat badan yang ideal, I dah buat keputusan yang sangat drastik untuk amik supplement ni. Hopefully everything goes well.
..

..

..


..

..


taaadaaaa !
 






mimie jamaludin (^_^)

Jom sama2 ISTIGHFAR

Manusia adalah makhluk yang lemah, adakalanya ia sering berbuat khilaf dan dosa tanpa disedari , namun sebaik2nya orang yang berbuat dosa adalah yang selalu memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan.
  • Istighfar merupakan salah satu jalan untuk memohon keampunanNya.

  • Istighfar mempunyai kedudukan yang tinggi dalam diri seorang hamba.
     Al-Kahf 55 :
    "Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan dari memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlalu pada) umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata".

  • Istighfar dalam pengertian bahasa adalah memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Hal ini dapat dilakukan baik dengan perkataan maupun perbuatan:
    "Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" At-taghabun 14.
Antara faedah istigfar ialah :

1. MENGGEMBIRAKAN ALLAH
 
Rasulullah bersabda, "Sungguh, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kamu yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir." (HR.Bukhari dan Muslim).

2. DICINTAI ALLAH
 
Allah berfirman, "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri." (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, "Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa." (HR.Ibnu Majah).

3. DOSA-DOSANYA DIAMPUNI
 
Rasulullah bersabda, "Allah telah berkata,'Wahai hamba-hamba-Ku, kamu pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kamu kepada-Ku, niscaya kamu Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya)." (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi).
Imam Qatadah berkata, "Al-Qur'an telah menunjukkan penyakit dan ubat kamu. Adapun penyakit kamu adalah dosa, dan ubat kamu adalah istighfar." (Kitab Ihya'Ulumiddin: 1/410).

4. MENDAPAT BALASAN SYURGA
 
"Dan (juga) orang-orang yang apabila membuat perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang didalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal." (QS.Ali'Imran: 135-136).

5. TIDAK DI AZAB
 
Allah berfirman,"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun."(QS.al-Anfal: 33).

6. MELAPANGKAN KESEMPITAN
 
Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka," (HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

7. MEMBERSIHKAN HATI
 
Rasulullah bersabda, "Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya." (HR.Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).

8. MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH
 
Abu Hurairah berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah bersabda,'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali'." (HR.Bukhari).

9. BERTAMBAH KEKUATANNYA
 
Allah berfirman, "Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat keatasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepadamu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." (QS.Hud: 52).

10. BERTAMBAH KESEJAHTERAANNYA
 
Allah berfirman,"Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS.Nuh: 10-12).

11. MENJADI ORANG YANG BERUNTUNG
 
Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata, "Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka." (HR.Bukhari).

12. KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN
 
Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS.al-Furqan: 70).
"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." (QS.Hud: 114).




mimie jamaludin (^_^)

Saturday, October 9, 2010

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir


Bagaimana kita nak membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri kita secara perlahan-lahan?
Berikut adalah 8 tips mudah yang ingin kami kongsikan bersama.
  1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
  2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
  3. Berakhlak baik
  4. Menimba ilmu tanpa henti
  5. Bekerja keras cara bijak
  6. Bersederhana dalam hidup
  7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
  8. Memaafkan orang lain

notakaki: dipetik dari IluvIslam.com. "sharing is caring".


mimie jamaludin (^_^)










Wednesday, September 29, 2010

.the reason Y.

Mesti korang time kecik2 dulu dah ade cita2 kan? Sama je dengan I. Time kecik2 dulu, bapa selalu cakap, 'bila besar nanti, Mimie jadik doctor ye'. Doctor penah la tengok, sebab dulu time kecik2, bila demam je bapa mesti bawak jumpa Doctor Deol. Itu je doctor yang tau. Tak penah amik tau ape keje doctor yang sebenar2nye.

So, bila makin dewasa, makin bertambahlah pengetahuan mengenai keje2 doctor dan bila dah datang sini, makin ramailah kawan2 doctor. Kesimpulannya, tau dah ape yang diorang ni buat la. Sape kate keje doctor ni senang..? Study pun dah susah, ini kan keje sebagai doctor. Nak kene hafal segala macam vein..darah..jenis2 penyakit..dah macam2 lagi lah. 

Kat sini, I dah jadi 'patient' dah kat member2 yang buat medic. Especially dengan Izzah. Kalau dengar je budak2 medic ade OSCE, tunggulah Izzah datang umah. Segala macam penyakit or ape2 yang I tak tau, semua keluar. 

Tapi masih tertanye2 kenapa I tak amik jurusan perubatan ni. Kat bumi Tasmania ni, dah ramai orang teka I buat course medic kat UTAS. Itu yang I pelik tu, ade rupa doctor ke?. Jangan kata lah nak amik course medic, nak pakai steteskop pun selalu terbalik. Itupun Fatin yang ajar cara yang betul. Aiseh, memalukann =___=

Ape2 pun rase2nye I memang tak boleh amik course medic. Sebab I mabuk darah. Tak boleh tengok darah, mesti mengeletar kepala lutut ni. Pastu tetibe je rase nak pitam. Hmm, macamane lah kalau nak kawen dengan doctor kan...?  

Lagi satu...rase2nye u all semua kuat tak tengok gambar ni...? Gambar ni Amir yang amek, katenye kat museum clinical school, UTAS. I rase ni pun reason yang kukuh kenapa I tak amik medic. SCARY lah gambar ni.. huhu.













mimie jamaludin (^_^)

Saturday, September 25, 2010

.Isobel.










mimie jamaludin (^_^)

Friday, September 24, 2010

.kembali ke gym.

Lepas raya kalau poket tak kering, mesti badan naik. Dan sebab poket kurang sket kering dan badan yang naik melampau + menggedik, jadi bermulalah kisah 'kembali ke gym'.
Keputusan dibuat atas sebab, nak pakai kebaya time konvo nanti, InsyAllah. 
Oh, semoga impian untuk kembali ramping sebelum konvo dan balik Malaysia ni tercapai ! 
doakan ye. =__=








mimie jamaludin (^_^)

Thursday, September 23, 2010

.cinta.

Wahai diri,
Jika ada yang mendambakan cintamu...
Katakanlah...
Cintamu hanya pada Allah

Jika ada yang menagih kasihmu...
Katakanlah.....
Kasihmu hanya pada Rasulullah SAW

Jika ada yang meminta rindumu
Katakanlah....
Rindumu hanya pada kedua ibu bapamu....

Ya Allah,
Jika aku sudah jatuh cinta...
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU
Agar bertambahlah kekuatanku mencintaiMU...

 

mimie jamaludin (^_^)

Sunday, September 19, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri

Rumah Terbuka organised by Malaysian student in Utas. Proudly inviting all the students to join us in celebrating Raya this year and Alhamdulillah, we made it! 

Some fun facts: 30 cooks (Din and Najib - head chef), 8 houses 70kgs of meat, 5kg nasi impit, 12 plates of kuih-muih and more than 200 people attended this event, all the food - habis! 




Here are some of the pictures ......





and here is the video taken by Jason from us. 'Selamat Hari Raya from Tasmania!'








mimie jamaludin (^_^)

Friday, September 17, 2010

Happy Birthday Dear

Dah besar dah anak sedara hero Alang sorang ni. Tak silap Alang, dah 3 tahun kan. Hmm, ntah la, cepat betol masa berlalu. Dulu time Alang nak fly ke Tassie, kecik lagi. Masih berdukung. Cakap pun tau "mama".."u u"(susu) dan "anyah"..yang lain tak pandai pulak. Tapi sekarang, kalau call mak, dengar suara dia je menjerit kat belakang. Kalau dapat cakap dengan dia, dah kira bes dah. Yang tak besnya, bukan nak tanya khabar ke, tapi tanya.."alang, beli ape untuk adik?"....tak lupa juga.."untuk kakak?"..dan.."untuk adik E-an?"...kalau boleh, semua orang dalam rumah tu Alang dia kena belikan something. Haishhh, budak2 zaman sekarang.





 To my dear THAQIF

To wish a special 3 year old

A fun filled happy day

With lots of things to see and do

And lots of games to play

HAPPY BIRTHDAY !




mimie jamaludin (^_^)

Monday, September 13, 2010

kereta RAYA !

Raya sakan ye this year due to final year at Tassie. So, we spent nearly AUD500 semata2 nak sewa this type of car yang memang I idam giler2 nak bawak. Kat Malaysia, mahal kot nak beli. So this year, I sanggup spent lebih sket. Thanks to all friends yang sanggup spent duit jugak semata2 nak naik kete ni. 

And special thanks to Mr. VVIP sebab sudi teman I pegi hantar kete kat kedai memalam cenggini. Thank you so much and I tahu U memang nak bawak kete tu sebab I nampak U ngintai kete time balik semalam. Hehe.





mimie jamaludin (^_^)

Thursday, September 9, 2010

Raya 2010/ 1431H

Setelah hampir sebulan berpuasa walaupun ade jugak tinggal puasa (biasalah perempuan), Alhamdulillah, esok kite semua akan menyambut kedatangan Syawal 1431H. So, drive safely and enjoy the celebration. 

I nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'..Mohon seribu kemaafan or berjuta2 kemaafan sekiranya ada yang terasa hati or tersinggung dengan perbuatan I yang sengaja or tidak sengaja mungkin secara langsung or tidak langsung. Harap semua bergembira menyambutnya. 

Padang Besaq kecik aja, tempat siam lalu lalang,  
Hari Raya kita berbelanja, jangan sampai menambah hutang 


mimie jamaludin (^_^)

lucky lucky day!

Yeay! Syukur ke hadrat Ilahi sebab semalam (8 September 2010) adalah merupakan hari yang paling bahagia + gembira + indah + .....dan sebagainya lah. Well, I can say that because my bestie is here. Nor dah sampai pagi semalam and will stay with us for almost a week to celebrate Eid. Owh, what a wonderful moment will it be for this year. The last celebration in Tassie, InsyAllah.

The second thing is, I just got my new Berry Hitam. Tunggu punya tunggu till yesterday baru dapat. Nampaknya raya dengan Berry Hitam yang belom setting lagi lah. Haha. So after this, sape2 yang ade BB leh la BBM I ye. Free ! tu yang berkenan sangat tuh. 

 



The last thing is ! hmmm.. semalam buka puasa dengan VVIP. Owh, tak perlulah tahu sapa VVIP tu sebab rasenye belom masanye lagi kot nak tahu. Heee. So semalam memang tunjuk skill memasak yang entah ape2 tu. Semalam berbuka makan Ayam Goreng Black Pepper, Seafood Tomyam (paste) dan sayur masak tak tau, sebab Esther punya resepi. Ada lagi, tambahan dari Azma. Tapi tak sempat amik gambar sebab dekat nak buka baru die hidang. Alhamdulillah menjadi dan seronok sangat tengok VVIP, Nor dan Azma makan walaupun memula tu hangin jugak la bila VVIP kate dia terlupa dan tak dapat datang makan. Tapi lepas tu, kesian pulak tengok dia sanggup datang makan. Nasib baek datang! kalau tak datang, tak tahulah nak buat ape.



Well, wishing U guys, "Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin"..have a safe journey !





mimie jamaludin (^_^)

Monday, September 6, 2010

Aussie bangattt!

Diamond are out and handbags are in as a girl's new best friend. Agree? yes. You should agree with me. Haha. Tak tahu berapa banyak handbags dah I beli since the first time I came here. Tapi yang I tahu, this one is my favourite bag and I really want it from day one I saw it. Denggg. And here it is now with me. 



This is just the paper bag. Small and cute.



It may looks like beg balik kampung but for me, it is nice.
Doesn't matter lah, it's COUNTRY ROAD bags which the brand only in Aussie

Sampai termimpi2 nak sangat beg ni, siap put it on my wish list for my birthday lagi. Sampai suruh orang buat derma kilat kalau2 tak cukup duit nak beli. Haha. Well, tak spend lagi kot lepas ni, due to out of budget! hihihi.



mimie jamaludin (^_^)

Wednesday, August 25, 2010

This year guna kamera I sebab Amir tade. Then, part paling bes is, I baru je anta gambar masuk Salam Perantauan on Monday then semalam, Tuesday keluar. Woohoo ! 
Mane la tak happy..Nampak sangat aura bagus time type ayat2 ucapan raya tu. Heheh.






notakaki : untuk lebih jelas lagi, sila klik link ini,


mimie jamaludin (^_^)

Tuesday, August 24, 2010

Ketuk-ketuk Ramadhan

Kali ni giliran kami pulak yang buat makan2. So, ape lagi, keghoje ler !! hehe. Imam dan MakTun awal2 lagi dah suruh I buat apam balik. Just imagine ! apam balik for 200 people. Dah macam nak niaga kat bazaar Ramadhan pulakk.Ni gambar sekitar majlis berbuka dan wajah2 manusia yang bergotong-royong juga.







"Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, akan diampunkan dosanya dan akan dibebaskan dari neraka, dan akan mendapat pahala sepertimana orang yang berpuasa, tanpa dikurangkan sedikit pun pahalanya "
[ Riwayat At-Tirmizi 807; Ibnu majah 1746 ]



mimie jamaludin (^_^)

Wednesday, August 18, 2010

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan emaknya..Lalu bagaimana dengan BAPA?

Mungkin kerana emak lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata bapa-lah yang mengingatkan emak untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, emak-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya bapa dr bekerja dan dengan wajah lelah bapa selalu menanyakan pada emak tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Bapa biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah bapa mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, bapa akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian emak bilang, "Jangan dulu bapanya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana emak takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahawa bapa dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan
menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, emak menatapmu hiba.Tetapi bapa akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, bapa melakukan itu kerana bapa tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , bapa lah yang terlalu khuatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan emak yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu bapa benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada bapa untuk mendapat keizinan keluar malam, dan bapa bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa bapa melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi bapa, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada bapa, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah bapa.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak
dalam batinnya, Bahwa bapa sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,bapa akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') bapa sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati bapa merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan bapa melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan bapa adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang. Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati bapa akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti bapa akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, bapa akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan bapa itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi bapa tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan bapa.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain, bapa harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan bapa terasa kaku untuk memelukmu? Bapa hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. Padahal bapa ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat. Yang bapa lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang". Bapa melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah BAPA. Bapa pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan bapa tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut bapa adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin bapa, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti bapa belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu bapa merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana, bapa adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Bapa akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada bapa untuk mengambilmu darinya. Bapa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana bapa tahu.....Bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat bapa melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya. Bapa pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu bapa pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Bapa menangis karena bapa sangat berbahagia, kemudian bapa berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Bapa berkata:

"Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu bapa hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....bapa telah menyelesaikan tugasnya....

Papa, Ayah, Bapa, atau Abah
Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..





notakaki : 
Memula dapat email ni dan baca, teringat macamane susahnye bapa menjaga kami adik beradik sedari kecil lagi. Demi ingin melihat kejayaan dan kebahagian anak2, banyak perkara yang bapa dah lakukan untuk mencari sesuap nasi. Pengorbanan bapa memang tade bandingannya.  

I dapatkan notes ini daripada seorang sahabat, dan mungkin ada baiknya jika kite berkongsinya kepada sahabat-sahabat yang lain. Banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan ayah atau bapa kite...tapi setidak2nya kini kite mengerti apa yang tersembunyi dibalik hatinya.
dipetik dari :
http://www.facebook.com/#


mimie jamaludin (^_^)

Monday, August 16, 2010

2nd Ramadhan in Tassie

This year, dah masuk tahun ke2 I berpuasa di perantauan. Seronok memang seronok, tapi macam biasa mesti ada sikit teringat kat mak and bapa. Biasa lahhh. Tak lama dah, pasni balik. woohoo !. 

Last Saturday was our 1st iftar together with all the malaytassie group (not all actually, a few people didn't show up). So, like usual lah, kat bawah ni gambar2 di sekitar majlis, ewaahh. The best picture is for Salam Perantauan. Im so sorry, it didn't turn out like what Amir did last year due to different lens that I used. But Im pretty sure semua dapat masuk gambar. Salam Ramadhan (^__^)v



  

mimie jamaludin (^_^)

Friday, August 6, 2010



 Bila? 

Sekarang? Esok? Lusa?

Pakcik, cepatlah buat tindakan dan keputusan.




mimie jamaludin (^_^)

Thursday, August 5, 2010

selagi bernama manusia

Tengah duk sedap buat assignment, terpikir nak update belog. Entry kali ni berkisarkan tentang gelagat manusia tak kira la bangsa atau agama sekalipun. Sepanjang umur atau hayat I, bukan kali pertama jumpa dengan manusia yang tak kenang jasa or budi orang lain, malah ada juga terjumpa manusia yang boleh je berubah hati dan perasaan dalam sekelip mata. Ini bukan kisah cinta ye. Bukan BF/GF je boleh berubah perasaan dalam sekelip mata, jiran sebelah rumah pun boleh jugak ape. Selagi bernama manusia la. haishh.

Duduk di negara orang ni, kalau takde cabaran bukan sebuah kehidupan la. Duduk dengan mak bapak kat rumah pun ade jugak cabaran. Boleh dikatakan duduk kat mane2 pun mesti ada cabaran dan ujian. Senang cerita, kalau takmo cabaran atau ujian. Pergi mati je lah. Dekat sana pun, belom tentu lepas ujian saringan. ehem, pahamkan.?

Ini nak cerita kisah seseorang. Tak perlu tahulah dia tu sape. Sebenarnye tak penting pun dalam kehidupan seharian tapi sebab dah kenal kan. Nak tak hendak terima je lah. Kenal masa die masih belom berumah tangga. Kenal pun sebab kenal bakal die and because of nak kawen kot, die pun manis muka la. Pergi mane2 mesti tegur. Even dalam FB pun ada add. Bukan setakat add FB je, siap mengomen gambar yang I upload lagi. Kire macam mesra jugak la, tapi tak semesra kedai  stesen minyak MESRA itu ye sampai buat kopi dan teh hidang kat driver. Baik sungguh.Hehe.

But since when entah, die boleh delete I dalam FB. Aiseh, apa masalah engkau ye?Memula cek FB, terkejut jugak la, and I decided to add die balik, tapi die ignore. OK Fine. I don't care lagipun engkau hak mutlak orang. Itu tak menjadi masalah negara sebab ramai lagi yang sudi dijadikan kawan. Orang lain yang I tak kenal even I add untuk berkawan pun masih baik dan mesra dalam FB. Yang ini, entah mana silap entah, bukan dalam FB je delete, dekat luar kalau jumpa pun buat2 macam tak kenal. Tak guna sungguh! Dulu time engkau nak kawen, bukan main lagi engkau tunjuk muka manis engkau tu. Sekarang, jumpa kat luar, engkau tunjuklah tahap kesombongan engkau itu ye. Nak kata geram, tersangatlah geram. Rasa macam nak mintak balik hadiah kawen yang I bagi, tapi takmo lah sebab nanti kate buruk siku. 


Itulah manusia! Selagi engkau bernama manusia yang ada hati dan perasaan, malah akal dan fikiran. Kalau nak kate semua jahat tak boleh jugak sebab ada lagi manusia yang berhati baik dan berbudi pekerti. Cuma segelintir ni lah yang merosakkan. Ibarat 'kerana seekor kerbau bawak lumpur, habis terpalit kena kat semua'. Huh! lebih kurang la.

Dah la, Ramadhan dah nak dekat, semoga segala salah dan silap dapat dimaafi. Moga2 Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kite semua. Semoga ukhuwah senantiasa terjalin sesama manusia.  OK bye, nak buat keje sekolah.




mimie jamaludin (^_^)

Sunday, July 25, 2010

I tahu la I ni jenis gila2 tapi orang gila pun ada perasaan jugak. Nak kata rumah jauh nun terperuk di perkampungan sampai nak datang JEMPUT pun kene naik sampan or merentas lautan api. TAK JUGAK. Rumah I memang takde loceng kat bawah untuk I pergi bukak pintu kalau2 ada orang nak datang rumah, TAPI kami kat rumah ni ada telefon yang mane korang semua boleh call suruh kami bukakkan pintu rumah ni. Tak gheti2 nak call ke?? no dah hilang??.



Tak taulah ape jenis manusia macam ni. I tak kesah kalau taknak jemput pegi mane2 tapi tak perlu la kalau nak update kat status mane2 laman web pun. Tak kesah la ade twitter ke, FB ke, Friendster sekalipun untuk korang update, tapi korang tau tak  yang korang ade connection dengan kiteorang yang TAK DIJEMPUT ni. Macam Hidd tulis dalam belog die "kalau nak kutuk boss, make sure korang tak approve friend request FB or Twitter dengan officemates". lebih kurang la. FAHAMKAH DI SITU?? Ibarat macam korang masak dan sekiranya jiran sebelah rumah, or selang 2 atau 3 buah rumah bau, korang kena la bagi makanan tu untuk kongsi sama2 kan. Mesti tau hukum kan.?



Kita hidup dalam community kecik je. Pusing sana pusing sini, toleh kanan kiri mesti nampak muka semua orang. Tak perlulah nak buat perkara2 yang boleh mengguris hati orang lain. Rasa hormat I masih menebal lagi, I risau semakin lama semakin nipis dek perbuatan korang semua. Mungkin harini, hari korang semua, kita sendiri tak menjangka apa yang akan berlaku masa akan datang kan. Jadi beringatlah KAWAN.



notakaki : 'korang' di sini dituju khas untuk sesape2 yang terasa. Sekian terima kasih.


mimie jamaludin (^_^)

Monday, July 19, 2010

the best ice breaking ever

Korang mesti penah pegi mane2 kem motivasi and mesti penah dengar pasal 'ice breaking'. Hari ni, 2nd week of uni dan 1st time class 3 jam. 3 JAM OK! Bese lah kalau awal2 class dah kene introduce diri. 

Kalau normal ice breaking mesti diorang nak tahu NAMA, UMUR, HOBI and ASAL. kan..?? tapi kali ni different sket. Lecturer, Karin nama die, buat something interesting and rasenye tak penah ade orang buat lagi kot. Kalau ade silalah kongsi (^__^)v

All of us been ask to write down 3 things that is true about ourselves and dalam 3 bende betol tu mesti ade satu je salah. So, I dengan bengong2 tak tau ape bende nak tulis, I tulis la macam ni :


1.  I have Mac Book
2.  Loves reading
3.  I was born on 1985

 Cuba teka, dalam 3 bende yang I tulis tu, yang mane salah?? 
yang mana SALAH ye?? hehe.




Korang nak tahu ape minah saleh tu jawab.? hehe. Ni yang buat I kembang kuncup ni.hohoho. Diorang semua teka yang ke3 tu. I WAS BORN ON 1985. Mane tak kembang kuncup. hehehe. Nampak sangat I ni mude belia remaja. Lebih kurang baya2 diorang je la tu.hehehe. So dengan bangga je, I jawab "Sorry guys ! I don't have Mac Book." terkebil2 diorang lepas dah tahu umur I dua puloh lima tahun. 

Mesti dalam hati "BIA BETOL MINAH NI! ".In english la, tak kan melayu pulak. hehe



mimie jamaludin (^_^)

Friday, July 16, 2010

mao yang ini

Dah nearly 2 years pakai fon yang ini. Rase macam dah sampai masanye untuk tukar ke fon yang baru. (Ewaaah, banyak duit ko ye, cik Mimie). Tetibe je rase jemu yang xterhingga nak tukar fon lain. Aiseh ! (-_____-)!




 Ini yang lama







mao ditukar ke yang ini






mimie jamaludin (^_^)

;;